Hanya Setitis Tinta
Setitis tinta
Nilainya tak seberapa
Jika tumpah
Bukan pada tempatnya
Setitis tinta
Jadi berharga
Jika mampu
Menyatakan segalanya
Hanya setitis tinta
Yang cuba ku lakar
Atas layar tak bercorak
Kerna ingin ku warnakannya
Dengan warna kejujuran
Dan warna keikhlasan
Dari hati seorg teman
Dari setitis tinta
Aku bangga menyatakan
Aku teman mu
Aku sahabat mu
Kerna jalan yg kita pilih
Telah kita tempuh bersama
Dengan warna warni kehidupan
Dari setitis tinta
Ku garap rasa mu
Ku nukil hati mu
Ku fahami riak mu
Ku ketahui gerak hati mu
Dengan setitis tinta
Ingin ku nyatakan pada dunia
Kau insan terpilih antara beribu
Kerna kau bisa tersenyum
Di kala hati mu menangis
Kau masih ketawa
Di kala hati mu diremuk
Kau masih mampu berjenaka
Di kala kau difitnah
Namun begitu
Aku cuba menjadi sekuat mu
Aku cuba menjadi segagah mu
Biarpun seringkali aku tersungkur
Di kala berlari mengejar mimpi mu
Kerna ku sedar
Inilah mimpi kita
Inilah gelanggang kita
Berpantang maut sebelum ajal!
Dari setitis tinta
Ku cuba siapkan diari ini
Agar ia menjadi kenangan abadi
Yang manis untuk semua
Kerna jadual Nya sudah pasti
Saatnya tidak kita ketahui
Namun hakikatnya itulah yg abadi
Hanya dari setitis tinta…
- Zaidie Wildan