Senyum & Tangisan
Antara senyuman & tangisan
Kadangkala tiada bezanya
senyuman dalam tangisan
tangisan dalam senyuman
Aduh! Sukarnya!
Antara senyuman & tangisan
Tersembunyi sekelumit rahsia
Dalam diam ia berkata-kata
Kerna lisannya terkunci sudah
Kini ia mampu tersenyum
Walau semalam ia menangis
Kerana cahaya itu sudah hampir
Membalam gelap yg tiada batas
Namun debarnya masih ada
Apakah cahaya itu akan terus bersinar
Kerna semilir bayu tidak menentu
Takut baranya hilang kuasa
Izinkanlah ia tersenyum
Izinkanlah ia gembira
Jangan biarkan ia menangis
Kerana airmatanya sudah kering
Senyumlah
Senyumlah
Kini milik mu kian terserlah
Senyumlah
senyumlah
Usah kau kaku menyerah kalah
- Zaidie Wildan