Tinta Itu
Tinta itu kini bercahaya kembali
Setelah suram menguasai diri
Hari ini aku mampu tersenyum kembali
Episod lama ku tinggal sepi
Dikala tinta itu menari
Aku aturkan, agar tarinya tidak sumbang
Di kala tinta itu melakar
Ku pastikan warnanya cerah
Tari terus menari
Tari terus menari
Tinta itu tak akan berhenti
Episod baru akan terbuka
Di atas naskah yang berbeza
Namun semangat juangnya masih sama
Kerana tinta itu
masih milik ku…
- Zaidie Wildan