Sejarah

Pengenalan

Wildan diasaskan pada peringkat awalnya hanya sekadar untuk memenuhi permintaan semasa yang mahukan irama nasyid ini sebagai alternatif hiburan kepada masyarakat.

Di samping itu, ianya dijadikan platform untuk bergerak di dalam aktiviti-aktiviti NGO yang memerlukan banyak penglibatan insan-insan serba boleh bagi menangani program-program yang dianjurkan.

Pada akhir tahun 2002, Wildan diberikan kepercayaan untuk merakamkan sebuah album amal yang dibiayai sepenuhnya oleh Akademi Bina Insan (ABI) menerusi syarikat Mind & Soul Edutainment.

Album Kau Istimewa yang disempurnakan dalam tempoh sebulan itu akhirnya diterima oleh para peminat nasyid tanahair bilamana beberapa rangkaian lagunya kerap dimainkan di stesen radio tempatan terutamanya di Radio IKIM.fm.

Dengan mempertaruhkan lagu-lagu seperti Di Pusara Bonda, Bahtera Kasih, Impian Hati dan Kasih Sayang, Wildan cuba meletakkan diri sebagai salah sebuah kumpulan nasyid tanahair yang dikenali ramai.

—————————————————————————————————————————-

Generasi Pertama

wildan1

Rashid :: Raez :: Zaidie :: Edi Soffi :: Shuhaidi

Generasi Kedua

wldan2

Fakry :: Zaidie :: Shuhaidi :: Edi Soffi :: Ashaari

Generasi Ketiga

wildan3

Kamaruddin (Dienz) :: Zaidie :: Che Li :: Hazar :: Razi

Generasi Keempat

WILDAN kini muncul dengan wajah baru pada awal tahun 2005. Menengahkan Zaidie (ahli asal), Razie, Cheli & Hazar , cuba membawa perubahan di dalam album kedua ini. Masing-masing punya kekuatan dan keupayaan yang tersendiri. Ia menghasilkan satu gabungan pop, R&B dan klasik. Diharapkan kehadiran Wildan dengan versi yang lebih segar ini dapat diterima seadanya.

wldan4

Zaidie :: Razi :: Che Li :: Hazar

—————————————————————————————————————————-

Pengalaman

*Membuat persembahan korporat, makan malam, persembahan amal dan persembahan di hotel-hotel sempena Ramadhan

*Membuat persembahan sempena “Patriotik Alaf Baru” di Stadium Malawati, Shah Alam (2000).

*Persembahan sempena “Monsoon Cup 2005” di Kuala Terengganu

*Persembahan sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Stadium Malawati, Shah Alam (2006)

—————————————————————————————————————————-

Album

Kemunculan Wildan di dalam album yang pertama – “Kau Istimewa”, memberikan pengalaman besar buat Wildan bagi menghasilkan album seterusnya. Sungguhpun kumpulan nasyid ini mengalami transformasi yang agak besar, namun kekentalan untuk terus bertapak membolehkan Wildan terus bertahan. Kini, Wildan dengan wacana yang baru berdiri teguh menghasilkan album penuh yang kedua yang berjudul “Setia”.

Album yang bakal memuatkan 10 buah lagu ini membariskan nama-nama komposer lama dan baru seperti Isman Nadim (Hijjaz), Azmee Abd Manap (X-Barongan), Amin Rawana, Benign dan anggota Wildan sendiri (Dein & Cheli). Sebagai salah sebuah kumpulan nasyid yang berteraskan “Story-teller”, Wildan menjadikan Setia sebagai jalan cerita keseluruhan album ini. Setia yang membawa maksud ketaatan dan kecintaan disentuh dari pelbagai aspek penceritaan.

Mengambil kira realiti yang realistik di dalam sesuatu penceritaan, lirik-lirik yang dihasilkan kebanyakannya adalah hasil pengalaman dan pengamatan komposer, penulis lirik dan penyanyi itu sendiri. Maka karya yang terhasil lebih kepada mesej yang segar dan hidup.

Begitu juga melodi dan garapan muzik di tangan komposernya, ianya amat berkait rapat dengan mesej yang disampaikan. Ini adalah bertujuan, untuk memastikan kekuatan sesebuah lagu itu tidak hanya bergantung pada satu aspek teknikal tetapi pada gabungan keseluruhannya.